Tuesday 27 October 2015

Mengharapkan Keajaiban untuk uda.

Assalamualaikum,
Hari ni aku rasa macam semangat dan kekuatan aku bertebangan meniggalkan aku.Sungguh aku rasa sedih...syahdu bila fikirkan keadaan uda yang makin teruk.Ni la nasib aku jauh diseberang tambak.Bukan mudah untuk aku ulang -alik ke keampung nun di Kelantan, sedangkan aku menetap di singapura terikat dengan kerja..dengan persekolahan anak..

Nasib baik sekarang ni whatsapp group menghubungkan aku dan adik beradik.Segala perkembangan uda dikongsi...Ya allah, sembuhkan lah uda..bantu lah dia semoga dapat menanggung beban kesakitan ini.Bayangkan di saat korang call bercakap dengan mak korang dan tetiba dapat dengar suara uda meraung kesaitan..menagis-nangis.Allahurabbi..hati aku tidak seteguh karang dilautan..

Sekarang uda makin sakit, ditambah sesak nafas yang menyerang serta muntah-muntah. Jauhkan la dari sebarang kemungkinan yang tidak baik.Semoga sel kanser itu tidak merebak ke tempag lain.Siang malam mak dan adik aku berjaga..langsung tak rehat.Aku rasa amat bersalah..mana aku ketika ini??Maafkan kakak uda...kakak akan balik jenguk uda sekerap mungkin dan sama-sama bantu mak dan yang lain-lain jaga uda.Apa yang aku mampu lakukan dari sini hanya lah titipan doa..solat hajat dan bacaan yasin untuk kesembuhan uda.

Hari ahad nanti (1 November 2015) uda akan dibedah untuk kali kedua.Semua adik beradik aku yang lain akan pulang ke kampung tapi tidak bagi aku...sedihnya.insyaallah aku menyusul kemudian.Semenjak uda sakit hamper setiap 2 minggu sekali aku balik kampung, namun gaji aku juga tidak la sebesar menteri. Aku terpaksa rancangkan yang terbaik setiap perjalanan aku ke kampung. Aku perlu peruntukkan duit perjalanan dan juga tiket kapal terbang untuk ulang alik singapura ke kota bharu dan sebalik nya.Murahkan lah rezeki aku dan keluarga semoga dapat sama-sama menbantu antra satu sama lain.

Aku memohon doa dari semua..semoga urusan pembedahan uda dipermudahkan dan uda dapat kembali pulih seprti sediakala.

Thursday 22 October 2015

Family Time..jalan-jalan cari makan ^_^

Keadaan uda masih lagi sama dan kadang-kadang makin sakit. Hujung minggu lepas aku dan suami serta anak solehah aku balik kampung ziarah uda..semoga dengan kehadiran adik beradik disisi dapat bantu uda pulih dan kuat menghadapi kesakitan itu.Tapi aku rasa amat tak guna..aku xmampu nak jadi kuat depan uda.Setiap kali uda menangis meronta tahan sakit..aku pun akan menangis sama.Semoga Allah melindungi mu uda...Sabarlah, mungkin ada hikmahnya.

Balik dari kampung aku dan suami terus bekerja macam biasa..kadang2 kitorng macam tak cukup masa untuk berbual-bual..lepak-lepak bersama. Jadi cuti y lepas tu kitorng plan nk duduk rumah je lepak2..sekali ada urgent hal pulak kena keluar.Apa lagi..alang-alang dah keluar aku dan husbnd plan jalan2 ke Johor la.Ingat senang ke dari Singapore nk ke Johor semata2 nak lepak?haha..nk beratur kat CIQ tu bercinta la sangat..ramai orang.Kitaorng ke sana dengan bas je..senang.Turun CIQ Johor terus jalan kaki ke City Square.

Kitaorng sampi pun pagi lg..dalam pukul 10..perut dah mula lapar.Tp xbanyak makanan y best2 dah buka time ni.Aku dan suami macam biasa la..masuk Johor je mesti plan nk makan sedap-sedap.kat Singapore xd lasedap sgt..mahal pulak tu. opss!
Untuk hari ni aku dan suami memang aim nak mkn fish manhatten,sebb ada crab besar tu.hehe.Gigih la tunggu restaurant buka pukul 11..Sebb ni ha


Ni Alaska crab..marveloss! aku suka..suami aku memang gilakan crab ni.
 
Untuk si kecik kesayangn,kitorng just add on soup ..tapi sikit je dia rasa.Sebuk nak main-main. Mata asyik meliar je tengok kat luar, budak tengah panjang akal.Sabar je la.terbantut ummi ngn abi dia nak makan.Nasib la suami aku kasi layanan 1st class, crab ni semua dia y tolling keluarkan isi untuk aku makan.Expert katakana..memang ber skil habis makan ni :)
Aku memang suka makan soup panas-panas ni, pembuka selera.Sambil suap anak..masuk mulut mak.haha.Tp for sure la mulut mak lagi banyak kan.
Ni plak muka si cenonet y memang manja ngn bapak dia..jeles betul ummi.
 
Kemain lagi dia senyum simpul bila ngn abi dia..ala, tapi kejap je tu.Lpas tu ada je projek dia,jalan sana..jalan sini..pegang itu..pegang ini.Semua benda nak explore..Tak pe la anak..sel-sel otak tengah berhubung.Semoga menjadi bijak pandai untuk dunia dan akhirat..amiin.
Ok..ni pulak makanan yang aku order, kitaorng suka pilih makanan y berbeza then share each other.Selain dapat jimat, dapat rasa makanan y berbeza ini pun salah satu praktikal untuk ajar anak kesayangan aku how to share..dia selalu tengok kitaorng share makanan..minuman...semoga dia tak lokek.


Alhamdulillah sedap..si kecik ni pun makan.dia memang jenis suka nasi.Tambah pula nasi ni ada cmapur cheese/creamy diamemang suka la.Aku ngn suami pun xlarak nak habiskan ni..portion nya agak besar.lagi pun kitaorng dah melantak alska crab..memang kenyang la.
Last sekali ni gambar aku sebelum operasi makan-makan.hahaha

Thursday 8 October 2015

Dugaan Buat Uda..Semoga Sembuh

Uda (adik aku)..semoga terus kuat dan lawan setiap dugaan ini. Insyaallah diri uda mampu, kami ni semua sentiasa ada memberi uda semangat dan bantuan. Adik -beradik y lain tak akan biarkan uda megharungi nya sorang-sorang.

Mak aku selalu cakap walaupun uda dah lama tinggalkan zaman sekolah, tapi masih ramai cikgu-cikgu dan pekerja sekolah masih ingt dan kenal uda. Semua sebab kebaikan uda..itu aku akui.Memang dari kecik uda jenis yang sangat mendengar kata dan mudah didekati dan disayangi oleh orang sekeliling.Kekadang aku terfikir, kenapa orang yang baik-baik ni selalu di beri dugaan hebat seawal usia y macam ni...Allah sayangkan mereka mungkin, menguji mereka supaya mereka tidak lalai macam kita yang lain.

Tengah tahun lepas uda dah mula sakit tangan..dari sakit biasa jadi teruk. Terus tak berselera nak makan dan sentiasa demam onn off. Sejak itu la kami dapat tahu uda mnghidap kanser tulang.Nasib baik cepat...pembedahan pertama selamat dijalankan dan mendapat pengawasan doctor sebaiknya.Namun dugaan Allah, tak siapa mampu haling.Selepas pembedahan itu (3 bulan y lalu)..sekarang ni sakit uda kembali.Doktor sahkan sel kanser telah merebak ke tangan sebelah bawah(siku ke jari).Sebelum ni operation potong tulang dari bahu ke lengan tangan uda. Sekarang uda tengan berlawan dengan sel kanser tu...menahan sakit yang tak kira masa akan menyerang.Allahurabbi...

Adik-beradik semua sepakat untuk balik kg melawat uda dan berbicang adik -beradik memandangkan doctor meramalkan untuk potong 1 tangan uda...bagi menyelamatkan nyawa nya bimbang sel tersebut akan menyerang tempat lain. Aku kesiankan uda...semoga dia tabah menghadapi berita ini.Jika kemungkinan ini terjadi, macmana uda nak mulakan hidup tanpa tangan kanan diusia 22 tahun ini..macamana uda ingin menruskan kerjaya uda sebagai pendidik..Ya allah,bantu lah adik aku..berikan lah dia kekuatan dan jalan untuk meneruskan perjalanan idup ini.
Aku ,suami dan anak aku insyaallah akan balik kampong hari ahad ni..doakan kami selamat ke sana dan dapat sama-sama memberi semangat untuk uda...kami sayangkan uda...